Wednesday, 1 February 2012

SELAMAT DATANG KE LAMAN ILMU.......... HARI INI KITA AKAN BELAJAR MATA PELAJARAN AKHLAK

ADAB BERSAMA RAKAN

Pergi ke kedai membeli gula,
Berjumpa dengan anak Pak Abu,
Hidup berkawan harus dijaga,
Pesanan ini ingat selalu.

Hidangan istana santapan putera,
Sayur kailan masakan nyonya,
Menyayangi rakan hidup sejahtera,
Bahagia di dunia dan diakhirat jua.

Buah Salak di dalam balang,
Makan bersama dengan buah lokan,
Indah Akhlak Negara Cemerlang,
Inilah generasi yang kami impikan.

LATIHAN

Adab bersama rakan ialah:

1. Bersalam apabila berjumpa dengan rakan.




2. Belajar bersama dengan rakan-rakan



Wednesday, 25 January 2012

ADAB MENGHORMATI GURU


Pergi Ke Pasar mambeli asam,
Berjalan bersama dengan rakan,
Berjumpa Guru memberi salam,
Itu adab yang kita tidak boleh lupakan.

Membeli kereta berwarna merah,
Membeli bersama dengan keluarga,
Jangan berkecil hati bila guru marah,
Ingatlah itu semua untuk kita menjadi orang berguna.

Mencari rakan bukannya mudah,
Mencari dengan penuh kesabaran,
Guru nasihat amatlah indah,
Segala nasihatnya jadikan pengajaran.

LATIHAN