Friday 30 December 2011

Lihatlah gambar-gambar ini ye wahai adik-adikku....... tak kenal maka... tidak tahu ye.....



MARILAH KITA LAKUKAN UNTUK IBU BAPA KITA..............

1. Belajar untuk berdoa Ibu Bapa kita




2. Belajar untuk membaca Al-Quran.




3. Belajar untuk menunaikan solat

4. Belajar untuk menuntut ilmu agar berjaya di dunia dan di akhirat

5. Belajar untuk menyayangi Ibu Bapa


Sunday 25 December 2011

SAJAK BUAT AYAH DAN IBU........ HEBATNYA WAHAI Ayah dan Ibu.

Ayah,
Kau bersusah payah untuk bekerja, 
mencari nafkah untuk anakmu ini meneruskan kehidupan, 
kau tidak membiarkan kami kelaparan,
kau tidak membiarkan kami tiada tempat tinggal,
Setiap keringatmu kami hargai,
Setiap lelahmu kami kagumi.

Ayah.......
Kami percaya engkau telah berusaha,
Untuk memberi yang terbaik buat kami,
Usah kau kuatiri akan kami,
kami tidak tamak akan harta duniawi,
kami tidak mahu akan kemewahan,
Yang penting kau selalu disisi kami.

Ibu........
Ku sedar,
Bukan mudah untuk melahirkan kami,
Bukan mudah untuk menyusukan kami,
Bukan mudah untuk menjaga kami,
Kami sering meraung hingga dirimu sering berjaga malam,
Kami sering menangis bila kelaparan,
Tanpa memikirkanmu sedang keletihan.

Ibu.......
kau telah menolak segala kerja,
Kau telah menolak dari tidur yang indah,
Semata- mata menjaga kami,
Tidak dapatku nafikan setiap keringatmu buat kami,
Tidak dapatku nafikan lelahmu untuk kami,
Tiada tandingan pengorbananmu buat kami.

Ayah..... Ibu....
Kami tidak tahu bagaimana untuk membalas jasamu,
Kami tidak tahu berapa banyak pengorbananmu,
Tetapi kami tahu,
Sehingga kami menghembuskan nafas yang terakhir sekalipun,
Tidak akan terbalas pengorbananmu.

Hanya layananku yang terbaik mampu ku berikan,
Hanya doa yang dapat kulakukan,
Hanya menjagamu dapat ku laksanakan,
Namunku tahu,
bahawa ini semua tidak dapat,
tidak cukup,
untuk membalas jasamu.

Tuesday 20 December 2011

DENGARLAH NASIHATKU.... WAHAI ADIK2...

Kita tidak akan merasa sedih sekiranya...... ibu bapa kita masih disisi. kita melawan kata-kata ibu bapa kita. kita mengeluh apabila ibu bapa kita menyuruh melakukan sesuatu seperti menyuruh kita solat, menolong mereka mengangkat barang dan banyak lagi perkara baik yang disuruh oleh ibu bapa kita..... yang sering kita menggelak daripada menolong mereka. MENGAPA????? adakah kita sudah lupa jasa ibu bapa kita.... Adakah kita lupa....... Siapa yang bersusah payah membesarkan kita.... SEDARLAH WAHAI ADIK-ADIKKU... JANGAN sampai kita menyesal di kemudian hari.... Diwaktu itu.... Apabila ibu bapa kita meninggalkan dunia.... tiada gunanya lagi penyesalan.... Sewaktu itu.... sudah terlambat bagi kita untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa kita. Sewaktu itu.... kita akan menjerit dan meraung..... AYAH..... IBU.... MAAFKAN saya.... saya tidak akan menderhaka kepada ibu dan ayah lagi. BANGUNLAH....... BANGUNLAH..... Saya belum sempat memohon ampun lagi.... BANGUNLAH.... Sewaktu itu juga MENANGIS AIR MATA DARAH sekalipun... ibu bapa kita tidak akan kembali lagi.

Tuesday 6 December 2011

Wahai…. adik2, sahabat2, kakak2, abang2. ibu2 dan bapa2 sekalian........



Marilah kita mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana masih mempunyai ibu bapa yang masih bernyawa diatas muka bumi ini. Namun kepada mereka yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali, La Tahzan ( janganlah bersedih ). Ketahuilah bahawa anda masih berpeluang untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa anda.

Monday 5 December 2011

Ayuhlah adik2, sahabat2ku, ibu2, bapa2.

Kita bersama - sama mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih mempunyai ibu bapa yang masih bernyawa diatas muka bumi kita ini. Namun kepada sesiapa yang telah kehilangan ibu atau bapanya atau kedua-duanya sekali Janganlah berduka, ketahuilah anda masih berpeluang untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa anda. Untuk mengetahui lebih lanjut..... Ikuti Blog ini ye...... Syukran

Kenalilah Apa itu Syukur Kepada ALLAH

Bersyukurlah kamu kepada Allah atas nikmat dan kurniaNya yang tidak terhingga. Bersyukur dan berterima kasih adalah sebahagian daripada sifat-sifat beradab dan santun kepada orang yang memberi nikmat, berbuat baik dan memberi pengorbanan. Firman Allah Taala:


وَاللهُ أَخْرَجُكًمْ مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ والأَبْصَرَ وَلأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ. ( سورة النحل: 78)

Ertinya:
“ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan ia memberi kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur”.




Banyak terdapat dalam ayat-ayat al-quran yang menyentuh persoalan akhlak, baik dengan cara memerintah supaya manusia berakhlak mulia.

Contohnya: Berbuat baik kepada ibu bapa. Firman Allah dalam ( Surah Al-Baqarah: ayat 83)

وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Maksudnya: “ Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa ”





Pengenalan

Sebelum mempelajari pelajaran akhlak iaitu Menghormati ibu bapa,
Terlebih dahulu kita harus mengenali akhlak itu sendiri. 
Tak kenal maka tak tahu……

  • Kalimah akhlak adalah membawa pengertian serumpun nilai-nilai dan sifat-sifat yang terdapat dalam diri seseorang insan.


  • Justeru itu, akhlak amatlah penting kepada kehidupan manusia, kerana akhlak amat besar pengaruh dan kesannya pada tindak-tanduk dan gerak langkah seseorang.

  • Islam menganggap orang yang tinggi darjat keimanannya ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. Dalam hadis telah dinyatakan:

" قِيْلَ يَا رَسُوْلُ اللهِ، أىُّ الْمُؤْمِنِ أَفْضَلُ إِيْمَنًا قَالَ، أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا" 
              
“ Telah dikatakan Wahai Rasulullah, mukmin yang manakah afdal imannya? Rasulullah s.a.w. bersabda: orang yang paling baik akhlaknya diantara mereka”.








Assalamualaikum pembuka bicara,
Dimulai dengan kalimah Allah,
Selamat datang ke Blog saya,
Semoga pertemuan diredhai Allah.

Ucapan salam kita berjumpa,
Bertanya khabar usah dilupa,
Marilah bersama kita berusaha.
Menjadi seorang insan yang berguna.

Tidak Sembahyang boleh dirotan,
Sekadar untuk memberi pengajaran,
Amalan yang baik jadi pilihan,
Suruhan Tuhan Jangan dilupakan.

Sewaktu berpakaian penuh bergaya,
Berbaju baru bercorak sama,
Sayangi ibu bapa membawa bahagia,
Dikasihi Allah hidup sejahtera.

Kasihnya Ayah membawa bahagia,
Kasihnya Ibu membawa ke Syurga,
Nasihat baik mereka jangan dilupa,
Menjadi ingatan  sepanjang masa.

Buah manga buah delima,
Dipasar selalu orang  berniaga,
Menghormati ibu bapa amalan mulia,
Hidup bahagia didunia dan diakhirat jua.