Monday 5 December 2011

Pengenalan

Sebelum mempelajari pelajaran akhlak iaitu Menghormati ibu bapa,
Terlebih dahulu kita harus mengenali akhlak itu sendiri. 
Tak kenal maka tak tahu……

  • Kalimah akhlak adalah membawa pengertian serumpun nilai-nilai dan sifat-sifat yang terdapat dalam diri seseorang insan.


  • Justeru itu, akhlak amatlah penting kepada kehidupan manusia, kerana akhlak amat besar pengaruh dan kesannya pada tindak-tanduk dan gerak langkah seseorang.

  • Islam menganggap orang yang tinggi darjat keimanannya ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. Dalam hadis telah dinyatakan:

" قِيْلَ يَا رَسُوْلُ اللهِ، أىُّ الْمُؤْمِنِ أَفْضَلُ إِيْمَنًا قَالَ، أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا" 
              
“ Telah dikatakan Wahai Rasulullah, mukmin yang manakah afdal imannya? Rasulullah s.a.w. bersabda: orang yang paling baik akhlaknya diantara mereka”.








No comments:

Post a Comment