Sunday, 1 January 2012

ADAB-ADAB TERHADAP IBU BAPA


Assalamualaikum pembuka bicara,
Dimulai dengan kalimah Allah,
Selamat datang ke Blog saya,
Semoga pertemuan diredhai Allah.

Ucapan salam kita berjumpa,
Bertanya khabar usah dilupa,
Marilah bersama kita berusaha.
Menjadi seorang manusia yang berguna.

Tidak Sembahyang boleh dirotan,
Sekadar untuk memberi pengajaran,
Amalan yang baik jadi pilihan,
Suruhan Tuhan Jangan dilupakan.

Sewaktu berpakaian penuh bergaya,
Berbaju baru bercorak sama,
Sayangi ibu bapa membawa bahagia,
Dikasihi Allah hidup sejahtera.

Kasihnya Ayah membawa bahagia,
Kasihnya Ibu membawa ke Syurga,
Nasihat baik mereka jangan dilupa,
Menjadi ingatan  sepanjang masa.

Buah manga buah delima,
Dipasar selalu orang  berniaga,
Menghormati ibu bapa amalan mulia,
Hidup bahagia didunia dan diakhirat jua.



No comments:

Post a Comment